HARROGATE SULPHUR SOAP

HOME > HARROGATE SULPHUR SOAP

 

Sejak Zaman Mesir purba lagi, mandi atau berendam di dalam air sulfur telah diamalkan sebagai kaedah rawatan untuk mereka yang mengalami kulit bermasalah.  Walau bagaimanapun, tidak semua orang sanggup berendam dalam air sulfur kerana baunya yang tidak menyenangkan.

Bagi memastikan semua orang dapat menikmati kebaikan mineral semulajadi yang luar biasa ini, Harrogate Sulphur Soap membawakan kepada anda rangkaian penjagaan kulit yang lengkap berasaskan air sulfur dari World Spa Town, Harrogate, York, England, selain turut diperkayakan dengan vitamin E dan minyak pati ianya mudah dan selamat digunakan setiap hari oleh semua jenis kulit terutamanya mereka yang cenderung pada ekzema, psoriasis dan kulit berjerawat.

Diasaskan pada tahun 1981 di Harrogate, Harrogate Sulphur Soap tidak mengandungi steroid dan coal tar serta telah terbukti bermanfaat dalam membantu mengawal dan merawat kulit bermasalah di rumah.

Selain Malaysia, Harrogate Sulphur Soap turut dipasarkan di Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Afrika.

 

Sejak 1981, Harrogate Sulphur Soap telah membantu JUTAAN pengguna yang ada kulit bermasalah di seluruh dunia. Lebih 100,000 unit terjual di Malaysia sejak 2017 dengan ribuan testimoni bervideo dan bergambar.

 

 

   

Produk Harrogate Sulphur Soap adalah BUKAN UBAT .  Jadi adalah sangat penting untuk anda komited menggunakan Harrogate Sulphur Soap sebagai rangkaian penjagaan kulit setiap hari bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

 

 

Harrogate Sulphur Soap boleh digunakan untuk dua (2) tujuan utama iaitu untuk kecantikan dan untuk kesihatan (kegunaan luaran) sebagai penawar rawatan alternatif.  Namun, ia juga boleh digunakan sebagai rangkaian produk harian untuk seisi keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.   Produk Harrogate Sulphur Soap sesuai untuk bayi dan kanak-kanak?   

Ya.  Produk Harrogate Sulphur Soap sesuai digunakan oleh semua peringkat usia.

2.  Berapa lama baru boleh nampak keberkesanan produk Harrogate Sulphur Soap?  

Bergantung kepada keadaan kulit anda. Sekiranya masalah kulit anda serius, tempoh masa yang diambil untuk melihat keberkesanannya sedikit lama berbanding  masalah kulit yang tidak serius. Ada juga yang boleh nampak perubahan sselepas beberapa hari menggunakan produk ini secara konsisten.

3.    Adakah sulfur menipiskan kulit?  

Tidak.  Rangkaian produk Harrogate Sulphur Soap berasaskan sumber sulfur dari  kolam air panas di Harrogate, England yang mempunyai kandungan mineral yang  tinggi dan sangat bermanfaat untuk kulit. Harrogate Sulphur Soap juga diperkaya dengan vitamin E dan minyak pati untuk memelihara kesihatan kulit secara semulajadi.

4.    Penggunaan produk Harrogate Sulphur Soap memedihkan kulit kanak-kanak  yang ada ekzema/psoriasis/kudis? 

         Tidak. Malah, produk ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka ekzema, psoriasis, kudis dan lain-lain.

5.    Produk Harrogate Sulphur Soap sesuai untuk ibu mengandung? 

YA. Produk Harrogate Sulphur Soapboleh digunakan oleh ibu mengandung dan semua golongan termasuk bayi dan kanak-kanak.

6.     Produk Harrogate Sulphur Soap menyebabkan kulit menggelupas? 

Ya. Ini adalah kerana antara sifat semulajadi sulfur adalah sulfur bertindak membuang sel kulit mati melalui proses penggelupasan kulit dan menampakkan kulit baru yang lebih sihat. Sekiranya kulit terasa kering dalam proses ini, adalah digalakkan untuk menggunakan pelembap/losyen/minyak yang sesuai bagi memastikan kulit kekal lembap dan selesa.

7.     Bar soap (sabun buku) Harrogate Sulphur Soap ada empat (4) warna berbeza. Apakah perbezaan 4 warna tersebut? 

Perbezaannya hanyalah pada NAMA, BAU dan WARNA. Bar soap ini mempunyai 5% air sulfur dan mempunyai fungsi yang sama.

8.      Saya ada masalah ekzema/psoriasis/jerawat, boleh ke saya pakai sabun                     sahaja untuk merawat kulit saya? 

Untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan jerawat, anda dinasihatkan menggunakan bar soap & krim sulfur. Ini kerana, penggunaan kedua-dua produk ini secara konsisten dapat membantu memulihkan masalah kulit anda dengan berkesan.